Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Baginda Raja Pu Alam Persahabatan, Bahagian 2 dari 3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
“Kami gembira dapat melawat planet-Mu dan berjumpa dengan Engkau. Kami telah dgn rendah diri bawa hadiah untuk orang-Mu.” Oh, Tuan! Oh! Terima kasih, terima kasih. Kami terima dengan rasa terima kasih. “Dah tentu, hadiah yang kami bawa bersama kami di sini ialah persahabatan. Jadi jika mana-mana penduduk baik-Mu yang sudah menjadi vegan, jika mereka perlukan kawan atau ada konflik dengan orang tersayang, mereka boleh memanggil nama alam kami dan hadiah ini akan diberikan kepada mereka. Konflik mereka akan diselesaikan dan mereka akan ada persahabatan yang menakjubkan selepas itu.” Oh! Itu begitu bagus, begitu bagus. Tuan, kami benar-benar perlukan itu. Kami benar-benar perlukan itu. Di dunia susah kami, persahabatan antara ahli keluarga, ibu bapa dan anak, kekasih, suami isteri pun, kami memang ada konflik dan kadangkala agak serius. Jadi kami begitu gembira mendaapat hadiah ini daripada Engkau. Terima kasih banyak-banyak dengan nama penduduk kami, penghuni bersama kami di sini. Kami bersyukur kepada TUHAN atas hadiah-Mu.

“Oh! Ya, kami tahu bahawa jenis isu ini datang daripada tetapan yang berbeza di planet kalian. Orang tak sentiasanya daripada latar belakang tetapan karma yang sama, jadi mereka perlu kembali dan saling menyelesaikannya untuk menjadi kawan semula. Tetapi di alam kami, kami sudah berada jauh daripada konsep masa lalu– masa sekrg–masa depan, kawan–musuh… Segala jenis isu konflik sudah dihancurkan oleh kuasa spiritual yang inheren dan meluas di alam spiritual kami. Tetapi di dunia-Mu, Tuan, Raja Segala Raja Segala Raja, dengan segala hormat, sesiapa pun yang tinggal di dunia sini juga boleh mendapat berkat dan kuasa yang sama ini jika mereka diinisiasi oleh Engkau. Itu apa yang berlaku di alam kami juga dan banyak dunia yang lain kerana Kuasa Guru akan menghapuskan semua, kita panggilnya, karma buruk, dan menaikkan anak murid ke dalam frekuensi yang berbeza, dunia berbeza yang sesuai untuk orang bebas. Oleh itu, mereka takkan alami sebarang kesusahan atau penderitaan lagi. Anak murid berperingkat lebih rendah pun, mereka bebas daripada segala beban karma.”

Oh! Ya, Tuan, ya, Tuan. Kita harap semua makhluk di planet ini bebas macam itu juga. Dengan berkat dan kuasa sokongan-Mu dalam Rahmat TUHAN, kami mengusahakannya untuk buat planet ini jadi tempat yg lebih baik, maka dunia ini akan dapat mengejar dunia-Mu. Hasratkanlah kami berjaya. “Ya, ya, kami buat begitu. Segalanya mengambil masa di sini kerana kalian ada masa, kalian ada ruang, kalian ada banyak perbezaan antara satu makhluk dengan makhluk lain. Kalian rasai perbezaan. Kalian rasai diskriminasi sesama kalian, antara satu spesies dgn spesies seterusnya. Oleh itu, konflik tidak dapat diselesaikan, jadi makhluk di sini begitu banyak menderita. Aku turut bersimpati dengan Engkau ada banyak kerja kerana dunia ini sangat berbeza dengan kebanyakan dunia di Alam Semesta.”

Ya, betul tu, Tuan, tetapi ini bukan salah mereka, Tuan. Penghuni di dunia ini sudah menjadi hampir seperti banduan, dikawal dengan segala jenis cara. Mereka telah lupa akan kuasa apa yang mereka miliki, berapa banyak kasih sayang inheren di dalam diri mereka. Ini situasi yang kesian dan kami berusaha untuk cuba bersihkan dengan secepat mungkin bagi sesiapa saja, cuba menuntut balik kemegahan mereka, keadaan kegemilangan spiritual asal mereka. Kami cuba bersungguh-sungguh tetapi kuasa negatif yang mengawal dunia ini telah berakar umbi – kuasa kawal mereka, kuasa cengkam mereka pada semua makhluk di sini. Apabila mana-mana Guru datang ke sini… Sekarang kami juga hadapi perjuangan yang agak susah untuk membebaskan semua roh dan bawa mereka kembali ke Rumah asal megah mereka dan kepada keadaan warisan spiritual berkuasa mereka.

Engkau (Baginda Raja Pu) sebut tadi bahawa orang, makhluk yang ingin menerima hadiah persahabatan-Mu dan gunakannya untuk diri sendiri adalah vegan. Mereka perlu menjadi vegan dulu, Tuan? “O ya! O ya! Kerana pada asalnya mereka suci. Jika mereka kembali kepada kesucian dengan ‘hidup dan biar hidup’, dengan menjadi damai dan harmoni dgn semua makhluk di sekeliling mereka, maka hadiah ini boleh sangat berguna dan berkesan untuk mereka. Tetapi jika kalian terbelit dalam karma tambahan atau lebih banyak lagi disebabkan karma bunuh makhluk lain yang tidak berdosa, maka hadiah ini boleh menjadi hampir seperti terbatal, dibatalkan oleh segala pengaruh buruk yang pengaruhi diri spiritual dan kebebasan mereka secara negatif ini, jadi mereka tak dapat mengendalikan sebarang isu dalam kehidupan antara diri sendiri dengan orang lain yang berkaitan, sangat sukar bagi mereka mengharungi sebarang isu yang menimpa mereka. Sebab itulah semakin banyak konflik akan berlaku kepada mereka.”

O ya, Tuan! Ya, Tuan. Itu situasi yang agak kesian. Ya, kami buat sebaik yang boleh, Tuan, untuk bantu mereka. Jadi jika orang di dunia ini adalah vegan, mereka boleh menerima hadiah-Mu dan gunakannya jika mereka ikhlas dan mahukannya dengan ikhlas. Mereka boleh segera gunakannya, Tuan, jika mereka kembali kepada kesucian asal mereka dengan tidak melibatkan diri dalam sebarang hubungan negatif dengan karma bunuh? “Tidak, ya, maaf, tetapi sekurang-kurangnya menjadi vegan selama lima bulan baru boleh mereka gunakan alat persahabatan yang berkuasa daripada kuasa kami, daripada simpanan hadiah spiritual kami ini.” Oh, wau! Dalam kumpulan kami, mereka harus menjadi vegan selama dua atau tiga bulan, bergantunglah, baru boleh menerima inisiasi. Agaknya itu sebab yang sama. Adalah dikesali banyak penduduk kami di dunia ini tidak dibuat untuk menyedari ini kerana jika kita campurkan tenaga kita dengan tenaga lain dengan cara yang begitu menggerunkan, maka apa-apa jenis berkat pun tak dapat berfungsi dengan baik.

O ya! Seperkara lagi, Tuanku, sesetengah daripada kononnya anak murid TUHAN saya ialah Buddha purba juga atau akan menjadi Buddha dalam hayat ini dan hidup di planet ini juga. Mengapa Engkau tiada kehadiran fizikal juga di Bumi sini? “Oh! Ada Buddha-buddha yang berlainan dan bergantung kepada sumpah Mereka – Mereka akan sama ada tinggal di dunia ini atau dunia lain dan membuat kerja bebas Mereka untuk bantu makhluk jika Mereka mahu. Tetapi kami suka akan kebebasan dalam jenis kategori persahabatan spiritual. Kami ada sumpah yang berlainan bahawa selepas kami mendapat makrifat, kami mula menerima pengikut, orang yang taat ke dlm lingkungan kami, maka kami tak dapat berada di dunia lain. Oleh sebab kuasa pencapaian spiritual kami telah mencipta alam kami sendiri untuk orang kami, jadi kami juga ada kewajipan untuk menjaga mereka dan terus menyuburkan mereka dari segi rohani sehingga mereka menjadi sempurna. Jadi itu kerja dengan sumpah kami – menjaga sesiapa saja yang percaya kepada kami dan ikut kami,

manakala Engkau berbeza. Engkau sangat berkuasa sepenuhnya, jadi Engkau uruskan banyak perkara. Engkau bukan sahaja uruskan orang sendiri tetapi juga sesiapa saja yang benar-benar ada sesuatu jenis hubungan dan tali persaudaraan dengan Engkau. Meskipun mereka tak tahu akannya pun, Engkau juga akan bantu bebaskan mereka menaikkan mereka, malah menyelamatkan mereka dari neraka. Orang yang menyerang Engkau secara negatif dalam sebarang bentuk pun, Engkau juga akan ampuni mereka dan menaikkan mereka jika mereka masih dapat diselamatkan. Dalam sesetengah keadaan, jika mereka terlalu berat, maka dah tentu, Syurga takkan biarkan mereka keluar dari neraka. Mereka akan perlu berada di sana selama-lamanya. Ini memang penderitaan yg sangat banyak di luar imaginasi, di luar simpati, di luar belas kasihan, di luar daya tahan.”

O ya, Tuan! Ya, Tuan, aku tahu akan semua ini – bahawa TUHAN telah amanahkan aku dengan begitu banyak Kuasa dan begitu banyak tugas, kemudian aku perlu laksanakan semuanya Hanya Kuasa TUHAN, Kuasa Tertinggi, dapat buat mana-mana orang yang rendah seperti aku membuat begitu banyak kerja dan menahan begitu banyak akibat tetapi aku masih sanggup, Tuan. Aku sanggup. Aku sanggup bantu kerana apa-apa pun yang aku alami tidaklah seberapa saja berbanding dengan neraka abadi yang Engkau sebut tadi ini, yang tiada sesiapa boleh terlepas. Hatiku sakit setiap kali aku memikirkan itu. Apabila aku memikirkan mereka yang perlu menahan hidup yang begitu menyakitkan, menyeksakan di neraka, aku bekerja lebih keras jika boleh sepanjang masa kerana aku tak tahan dengan penderitaan mereka. Macam mana pun, terima kasih, Tuan, kerana memakrifatkan kami dengan segala maklumat ini. Harap-harap orang di dunia ini dengar kata-kata-Mu, memahaminya dan bertindak dengan sewajarnya.

Photo Caption: “Rasa Bebas dan Sedia utk Mekar, dengan Kegembiraan dan Cinta kepada TUHAN”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (2/3)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-22
2111 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-23
1772 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-24
1344 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-26
487 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-08-26
361 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-26
572 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-26
3079 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-25
7 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-08-25
597 Tontonan
Veganisme: Cara Hidup Mulia
2026-08-25
6 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-25
1054 Tontonan
Filem Pendek
2026-08-25
507 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun