Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kedudukan Spiritual Alam Dosy dan Pandangan Mendalam daripada Baginda Raja Nu, Bahagian 1 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Ciptaan tertinggi yang dikasihi, manusia dan semua makhluk tersayang di planet ini, hari ini saya cuba buat rakaman tentang Alam Dosy. ‘Alam Dosy’ bermaksud ‘Alam Kasih Sayang’. Anda telah dengar sedikit maklumat tentang alam ini sebelumnya. Ini ialah sambungannya. Orang Dosy adalah vegan sebelumnya. Tetapi mereka tak perlu makan lagi sekarang. Mereka hidup dgn tenaga Kasih Sayang Rahmat TUHAN, dengan Rahmat TUHAN, sama seperti orang Tim Qo Tu anda, dalam tenaga TUHAN. Orang yang tidak makan sekarang berada di Peringkat Keempat dan ke atas dan amalkan Kaedah Quan Yin. Sesetengah orang yang lain terus berada di peringkat yang lebih rendah sehingga mereka sampai ke Peringkat Keempat, kemudian kita boleh... Sehingga mereka sampai… Baginda, Raja, akan mengajar mereka sehingga peringkat mereka ternaik.

Saya tanya Baginda sama ada alam itu terdapat peperangan atau apa-apa yang negatif yang berlaku kepada mereka walaupun peratusan yg kecil drpd mereka masih belum capai Peringkat Keempat dan tanpa hidangan yang diperlukan. Baginda titah, “Tidak, tiada peperangan lagi di sana, tiada peperangan sama sekali kerana semua penduduk di sana adalah vegan sekurang-kurangnya.” Sebelum itu saya tanya sama ada… Saya ada dua nota kecil. Saya baca yang kedua dulu. Itu sebabnya.

Dalam nota pertama, saya catatkan soalan saya, sama ada Alam Dosy serupa atau lebih baik daripada Alam Baharu Tim Qo Tu. Jadi ini titah Baginda. Baginda bertitah, “Dari segi rohani, tiada apa-apa sebanding Alam Baharu Tim Qo Tu dan Alam Dosy kerana Tim Qo Tu ialah TUHAN SENDIRI.” Sebab itulah saya beritahu anda bahawa saya tak nak melapor kpd anda tentang alam ini. Ini alam pertama tetapi saya teragak-agak walaupun saya dapat lakukannya. Saya dah tentu sibuk dan ada sangat banyak kerja tetapi begitu pun, saya boleh lakukannya lebih awal tetapi saya begitu keberatan. Saya harap saya masih selamat di dunia ini selepas melapor kepada anda semua perbualan ini.

Alam Dosy ialah sebahagian daripada rancangan besar alam semesta yang telah saya beritahu anda sebelumnya yang telah dinaikkan ke kedudukan rancangan spiritual terpilih, istimewa kerana mereka berpegang teguh pada status prinsip kemuliaan, kemurahan dan belas kasihan standard hidup. Jadi mereka termasuk dalam jenis makhluk terevolusi tinggi, bertentangan dengan planet kita di sini. Kita masih belum berada di kedudukan ini, belum lagi dalam pilihan ini. Ia boleh binasa jika kita teruskan lagi dengan pola gaya hidup kita yang membinasakan.

Secara terus terang, saya tak nak sebut ini tentang dunia ini tetapi saya rasa masanya telah lama terlewat. Saya tahu, saya tahu. Saya tak nak bercakap tentangnya dan anda tak nak dengar tentang ini tetapi lihatlah ke sekeliling anda dan anda akan tahu bahawa saya bercakap benar. Ada penyelesaian yang sangat senang. Hanya mengikut alam lain yang sudah ternaik. Meskipun mereka belum capai Peringkat Keempat, mereka sudah menjadi vegan dan amalkan Kaedah Meditasi Quan Yin (pada Cahaya dan Bunyi Syurga dalaman). Dengan Rahmat TUHAN, tempat mereka sudah aman damai, melimpah ruah, ada banyak berkat, kegembiraan dan kebahagiaan.

Alam mereka yang indah melangkaui bahasa duniawi kita untuk digambarkan. Mereka ada 6,393,562 orang penduduk dalam populasinya. Mereka dapat jelmakan lebih banyak jika mahu atau boleh menerima lebih banyak orang dari alam lebih rendah yang ingin bersama mereka. Alam mereka sejauh kira-kira 890,000 tahun cahaya dari kita. Bilakah kita dapat kumpulkan pahala yang mencukupi untuk mencipta kenderaan yang boleh kita terbangkan sejauh itu untuk melawat alam yg menakjubkan ini? Mungkin banyak manusia belum capai peringkat yang lebih tinggi di atas Alam Ketiga tetapi jika kita menjadi vegan, kita boleh berada di kedudukan seperti Alam Dosy ini. Saya memang berdoa agar anda semua benar-benar sedar daripada ilusi mimpi ngeri ini dan menyedari cara hidup yang lebih baik.

Saya tanya Baginda Raja Nu sama ada terdapat orang-haiwan di alam-Nya atau tidak. Baginda bertitah, “Tidak. Mereka perlu ada lebih banyak pahala istimewa untuk dilahirkan sebagai manusia di Alam Dosy. Tetapi sesiapa saja yang sudah berada di sana boleh mengangkat. Jika mereka berada di peringkat yang lebih tinggi, mereka boleh mengangkat.” Banyak daripada mereka masih berada di Peringkat Ketiga tetapi itu bilangan yang kecil saja. Mereka sudah berada di sempadan antara Peringkat Ketiga dan Keempat. Jadi pada setiap saat sekarang, mereka dapat melompat ke peringkat yang lebih tinggi, kesedaran spiritual Peringkat Keempat. Jadi tidak sukar bagi mereka mengangkat mana-mana makhluk alam lain ke planet mereka, ke alam spiritual mereka di mana orang Dosy diami sekarang. Tetapi makhluk yang diangkat ini mesti ada pahala yang mencukupi, dah tentu, keikhlasan dan kepercayaan sepenuh dalam hati mereka.

Tahulah, saya keberatan untuk laporkan semua ini kerana nampaknya tdk selamat bagi saya. Lihatlah Nabi Isa. Lihatlah semua Nabi pada zaman dahulu – bagaimana Mereka hidup, bagaimana Mereka mati. Ini salah satu sebabnya saya tidak melapor kepada anda untuk masa yang panjang – banyak perkara saya lakukan, banyak tempat saya lawati atau dengan banyak Buddha saya berbual contohnya. Sebenarnya Kami tak bercakap macam ini Kami tidak gunakan bahasa lisan. Tadi saya berfikir saya dah tua. Mana tahu sama ada saya akan hidup lama di dunia ini, jadi saya laporkan banyak perkara kpd anda, yang saya takkan lakukan sebelumnya, dengan Perintah TUHAN juga. Saya akan terlalu keberatan tanpa TUHAN asyik memerintahkan saya, memerintahkan saya supaya memberitahu.

Saya tanya Baginda Raja Nu, “Mengapa begitu mudah? Untuk masih berada di Peringkat Ketiga tertinggi dan hanya menjadi vegan, maka kita boleh berada di alam yang begitu menakjubkan seperti alam-Mu, kerana ini kedengaran terlalu mudah – hanya vegan dan meditasi Quan Yin.” Jadi Baginda beritahu saya – titah-Nya: Baginda bertitah, “Kerana TUHAN mencipta semua makhluk dengan konsep yang sangat mudah. Hanya menjadi seperti yang ditetapkan oleh TUHAN. Hanya jadi penyayang, berbelas kasihan, percaya kepada TUHAN dan berhubung dengan Kuasa TUHAN.”

Baginda Raja bertitah bahawa Baginda masih terus mengambil tanggungjawab dan mengajar sesiapa saja yang datang, yg sebelumnya dan sekarang masih berada di Alam-Nya. Dia akan terus mengajar mereka dan memimpin mereka ke Peringkat setinggi mungkin, menuju pembebasan, dalam kapasiti-Nya, gunakan pahala dan kuasa spiritual-Nya sendiri untuk menaikkan mereka. Kita berterima kasih kepada Baginda dengan Nama TUHAN atas semua orang yang diselamatkan-Nya dan atas masih terus menerima mereka yang cukup layak untuk berada di Alam Buddha spiritual-Nya.

Alam spiritual-Nya boleh sebanding dengan Alam Buddha Amitābha. Anda carilah kitab itu dan bacanya untuk pengetahuan anda, maka anda lebih dapat bayangkan Alam Buddha sikit.

“Kemudian Buddha berkata kepada Orang Tua-tua Śāriputra, ‘Jika kamu pergi ke barat dari sini, melepasi seratus ribu koṭi Alam Buddha, kamu akan datang ke Alam yang dipanggil Kegembiraan Terbesar di mana terdapat Buddha yang bernama Amitābha. Dia tinggal di sana sekarang, mengajarkan Dharma. ‘Śāriputra, mengapakah Alam itu dipanggil Kegembiraan Terbesar? Orang di alam itu tidak alami derita tetapi hanya nikmati pelbagai jenis keseronokan. Atas sebab ini, Alam itu dipanggil Kegembiraan Terbesar. Sekali lagi, Śāriputra, di Alam Kegembiraan Terbesar, terdapat tujuh baris pelepar, tujuh baris jaring hiasan dan tujuh baris pokok. Semuanya dibuat daripada empat jenis permata dan menganjur ke seluruh Alam itu, melingkungi segala-galanya. Atas sebab ini, Alam itu dipanggil Kegembiraan Terbesar. Sekali lagi, Śāriputra, di Alam Kegembiraan Terbesar terdapat kolam tujuh permata yang penuh dengan air yang mempunyai lapan ciri baik. Dasar kolam hanya dilitupi dengan pasir emas, dan dari empat belah setiap dasar, naiknya tangga emas, perak, beril dan kristal. Di atas ini berdirinya astaka yang dihiasi dengan emas, perak, beril, kristal, nilam, mutiara merah jambu dan cornelian. Di dalam kolam terdapat teratai sebesar roda kereta kuda – yang biru memancarkan cahaya biru, yang kuning cahaya kuning, yang merah cahaya merah dan yang putih cahaya putih. Ia menakjubkan, cantik, harum dan murni. Śāriputra, Alam Kegembiraan Terbesar penuh dgn perhiasan yang begitu cantik. ‘Sekali lagi, Śāriputra, di Alam Buddha itu, Muzik Syurga dimainkan secara berterusan Tanahnya dibuat daripada emas. Enam kali pada siang dan malam hari, bunga māndārava turun dari angkasa. […] ‘Śāriputra, jika lelaki atau perempuan baik yang ada dengar tentang Amitābha melafazkan Nama-Nya selama satu hari, dua hari, tiga, empat, lima, enam atau tujuh hari dengan fikiran tertumpu dan tidak dialihkan, maka pada waktu meninggal, Amitābha akan muncul bersama banyak Orang Suci. Hasilnya, apabila hidup mereka berakhir, minda orang beraspirasi tidak akan jatuh ke dalam kekeliruan, jadi mereka akan dilahirkan dengan serta-merta di Alam Kegembiraan Terbesar Amitābha. Śāriputra, melihat manfaat ini, saya berkata: Semua makhluk hidup yang dengar ajaran ini harus beraspirasi untuk dilahirkan di Alam itu.’” daripada Kitab Mengenai Buddha Amitābha disampaikan oleh Buddha Shakyamuni (vegan)

Petikan daripada ‘Kitab Tafakur pada Hidup Tak Terhingga, Seperti yang Disabdakan oleh Buddha’ sebuah teks suci Buddha mengenai Alam Buddha Amitābha Buddha memberitahu Vaidehi: “Kamu dan makhluk hidup harus menumpukan minda dan mengarahkan fikiran ke arah mentafakurkan Alam Suci Barat. […] Seterusnya, bayangkan airnya. Di Alam Gembira ini, terdapat lapan buah kolam. Air di dalam setiap kolam yang terbentuk daripada tujuh khazanah adalah lembut dan lunak, berasal dari permata pengabul hajat Raja. Air ini mengalir ke dalam empat belas anak sungai, setiapnya memantulkan warna tujuh khazanah yang menakjubkan. Saluran ini dilapisi emas dan dasarnya terdiri daripada pasir vajra yang berwarna-warni. Di dalam setiap anak sungai terdapat 6 bilion teratai tujuh permata. Setiap teratai bulat sepenuhnya, bersaiz seragam dan sebesar 12 yojana. Air muni mengalir di antara bunga-bunga, bergerak di sepanjang pokok-pokok ke atas dan ke bawah. Bunyinya yang halus dan merdu menjelaskan ajaran tentang penderitaan, kekosongan, kefanaan, ketiadaan ego dan Paramita sementara juga memuji tanda dan ciri fizikal Buddha-buddha. Permata pengabul hajat Raja memancarkan sinaran keemasan halus, menakjubkan yang bertukar menjadi burung yang ada beratus-ratus warna permata. Burung ini bernyanyi dengan nada yang elegan, harmoni, sentiasa memuji amalan berdoa kepada Buddha, Dharma dan Sangha. Ini ialah Pembayangan Air Lapan Kebaikan Berpahala yang dipanggil Tafakur Kelima. Di alam yg tidak terkira khazanahnya ini, setiap kawasan mengandungi 50 bilion rumah agam yang bertatahkan permata. Di dalam rumah agam ini, makhluk Firdausi yang tidak terkira mempersembahkan muzik Syurga. Terdapat juga alat muzik yang melayang-layang di angkasa, seperti alat muzik Dewa Ratnadhvaja (Panji-panji Berpermata) yang mengeluarkan melodi tanpa dimainkan. Pelbagai bunyi ini bergema dengan ajaran tentang doa kepada Buddha, Dharma dan Sangha.” […]

Ada Buddha-buddha yang berlainan, Alam-alam Buddha yang berlainan. Ia akan membantu anda dgn baca pemerian ini – membantu anda, beri galakan kepada anda, mengilhami anda untuk ingat akan Santo, Orang Suci, dan dah tentu, ingat akan TUHAN Yang Maha Berkuasa Semoga anda selamat berjaya.

Raja Nu Alam Dosy dan orang Alam Buddha Dosy, semoga kalian selamat berjaya juga. Baginda membawa kasih sayang dan berkat ke planet kita juga untuk membantu sesiapa saja yang boleh yang ada afiniti dengan Baginda atau percayai Baginda supaya ada lebih banyak peningkatan dalam usaha mereka menuju pembebasan spiritual, dan mereka yang masih berada di status yang lebih rendah. Kita amat berterima kasih kpd Baginda dan berharap tugas-Nya senang dalam memimpin makhluk ke platform spiritual yang lebih tinggi dan menjadi bebas selama-lamanya. Amin.

Saya memang harap anda semua selamat berjaya, anak murid saya, dah tentu, pengikut dan bukan anak murid, bukan pengikut juga. Saya persembahkan kepada anda semua apa yang lebih 100% benar, kerana saya perlu biar anak murid saya mengetahui perkara yang saya lakukan, dengan siapa saya berbual, kerana saya jarang beritahu mereka apa yang saya lakukan. Saya beritahu mereka sebahagiannya tetapi tak begitu mendalam, tak begitu terperinci seperti belakangan ini Saya harap saya dapat rakamkan satu lagi, Raja seterusnya. Saya rasa yang kedua selepas Alam Dosy ialah Alam Puse. ‘Puse’ – itu bermaksud ‘Kebebasan’. Saya harap saya ada masa yang cukup untuk meneruskan laporan ini – perbualan dengan satu demi satu Raja. Sekian saja buat masa ini. Saya kasihi anda semua, dengan segala kasih sayang yang boleh saya ada.

Photo Caption: “Baik Bertumbuh Semula dan Terus Bertumbuh”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (1/5)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-31
1945 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-01
1469 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-02
1187 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-03
816 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-04
88 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-03
494 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-03
811 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-02
245 Tontonan
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2026-08-02
944 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2026-08-02
542 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-02
1182 Tontonan
Filem Pendek
2026-08-02
568 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun