Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Mahaguru Ching Hai menjelaskan kuasa doa dan keikhlasan manusia serta bagaimana keinginan yang dalam terhadap Kebenaran dan bantuan dari atas dapat mempengaruhi di mana Guru muncul.(Lelaki di sana bertanya tentang bagaimana orang biasa memilih seorang Guru.) (Soalan saya lebih membingungkan. Barangkali ia sebaliknya.) Ya. (Bagaimana Guru memilih – bukan anak murid tetapi tanah? Memandangkan Guru bercakap tentang Alam Amitabha, Alam untuk mengajar, jadi soalan saya ialah Guru menuturkan banyak bahasa dan telah pergi ke seluruh dunia, bagaimana Guru memilih tanah Taiwan sebagai pusat pengajaran pertama Guru? Apa dalam fikiran saya ialah persoalan yang Guru sebut tadi. Ada banyak Guru hari ini yang berfungsi. Saya mesti beritahu Guru dengan jujur, sebagai orang biasa dan juga sebagai orang yang ingin berfikir, katakan mungkin saya kumpulkan pengetahuan Guru-guru ini tentang di mana Mereka hari ini dan saya buat kajian tentang tanah di mana Mereka berada, bolehkah saya jumpai petunjuk? Adakah terdapat persamaan antara tanah-tanah ini dan adakah terdapat logik di sebalik sebab Guru-guru ini memilih tanah ini? Terima kasih.) Ya, ya. Ini bergantung kepada keikhlasan orang tanah itu. Orang Taiwan (Formosa) sangat ikhlas, sangat suci dalam hati mereka. Mereka benar-benar berdoa kpd Tuhan, kepada Buddha untuk bebaskan mereka. Dah tentu, ada sesetengah orang yang minta keselesaan material, harta benda duniawi, pemenuhan hasrat duniawi dan sebagainya tetapi orang Taiwan (Formosa) sangat suci dalam hati. Mereka tidak dimanjakan atau dirosakkan oleh banyak pengaruh tamadun yang menghancurkan. Jadi mereka sangat suci dan minta saya datang bantu mereka. Mereka minta dalam hati sebelum saya datang. Oleh itu, sebelum saya pergi ke Taiwan (Formosa) pun, banyak orang sudah nampak saya muncul dalam meditasi mereka. Mereka tidak bermeditasi dengan kaedah saya. Mereka hanya bermeditasi, hanya duduk secara senyap, kemudian sudah nampak saya datang. Oleh itu, apabila saya datang, mereka dapat cam saya. Ini bermakna saya ada banyak afiniti dengan orang Taiwan (Formosa). Senang, macam itu, mungkin dalam hayat lampau. Tetapi sebenarnya Buddha tidak memilih apa-apa. Ini hanya beritahu kamu sesuatu supaya kamu faham. Buddha datang mengikut hasrat orang.Apa lagi soalannya? Apa yang kamu tanyakan tadi? Ada lagi? Adakah itu dah cukup? (Ya, saya berfikir nak bandingkan tanah yang dipilih oleh Guru-guru. Contohnya, barangkali saya boleh kaitkan bahawa tanah-tanah ini barangkali alami lebih banyak penderitaan atau dikatakan bantu mereka pergi ke Alam Amitabha.) Faham. (Tapi ini bermakna Guru...) Sebab itu Guru datang ke Bumi, betul? Adakah itu maksud kamu? Oh! Mengapa tidak? Ini kerana orang berdoa. Orang berkata kepada Tuhan, “Oh! Tolonglah, utus seseorang untuk bawa kami pulang ke Rumah.” Atau berdoa kpd Nabi Isa, “Tolonglah, takkankah Engkau bantu kami?” Atau berdoa kpd Buddha, “Tolonglah, takkankah Engkau bawa kami keluar daripada kesengsaraan?” Jadi Buddha, kononnya Tuhan atau Kesedaran Nabi Isa akan hantar ‘sesuatu’. Ia jelmakan diri menjadi badan yang ada hidung, mata dan telinga – segala-galanya – untuk bercakap secara langsung dengan orang yang berdoa secara ikhlas dalam hati, dan datang mendapatkan mereka satu demi satu, kumpulan demi kumpulan negara demi negara. Mereka pergi memilih mereka yang berdoa kepada Buddha atau Tuhan, Kuasa Tuhan ini. Kadangkala Tuhan mengutus banyak. Kadangkala Buddha mengutus banyak. Kadangkala Mereka mengutus sedikit. Apabila saya kata banyak Guru, saya tidak maksudkan begitu banyak. Tak begitu banyak. Maksud saya adalah lebih daripada satu atau dua, atau paling banyak kira-kira lima atau enam, tak mungkin begitu banyak. Kamu takkan keluar dan terserempak dengan mana-mana Guru pada bila-bila saja. Tidak, tidak, tidak. Paling banyak lima atau enam. Tolong datang.(Setakat ini, segala usaha oleh Tuhan, Dewi atau Pengutus Mereka, kononnya ‘Nabi’, bersama-sama dalam sejarah, kami asyik cuba membuat Alam Semesta ini – pertama sekali, tempat global kita – menjadi sebuah tempat yang elok di mana mereka berhenti menderita secara fizikal dan mental, membuat tempat yang baik, kan? Di sini, termasuk Syurga, dah tentu. Syurga menyeluruh, Kerajaan Tuhan, tempat Nirvana atau apa-apa saja – kami cuba. Sekarang, setakat ini, kita tahu bahawa ia belum tercapai. Selepas segala usaha cemerlang, sangat besar oleh Tuhan sendiri, Dewi sendiri dan semua Pengutus Mereka, semua Pemimpin cemerlang Mereka di planet ini, semua pertubuhan dan negara cemerlang itu, kumpulan bangkit dan jatuh, setakat ini dunia sekarang masih tidak lengkap. Mungkin sekarang kita telah masuki penghujung sejarah – kita tak tahu – suatu bencana. Kerana kebanyakan Nabi cuba menyampaikan mesej kepada kita, kadangkala yang tak terlalu gembirakan, kadangkala yang beri amaran besar bahawa jika kita tidak belajar, jika kita tidak berkelakuan betul, maka kita akan temui apa yang kita wujudkan – perbuatan yang salah – mendapat Hari-hari Terakhir sejarah manusia kita.Sekarang, saya seorang pakar hubungan antarabangsa. Oleh itu, dalam bidang saya, saya ingin tanya Guru satu soalan. Saya ambil berat tentang dua perkara. Satunya adalah sekarang ada sumbangan dan pencapaian yang berjaya dalam sesetengah skop, dalam sesetengah komuniti, di sesetengah tanah seperti yg dilakukan oleh Buddha di India, dan sekarang di Taiwan atau negara Asia Selatan, semuanya tempat yang baik, agama Kristian pun ada di sana sini. Banyak gereja telah dibina.Jadi sekarang soalan saya adalah… Perbezaannya ialah pendekatan menyeluruh dan pendekatan kecil. Apa yang saya ambil berat sekarang ialah perubahan keseluruhannya, bukan hanya dengan komuniti ke komuniti, agama ke agama, seperti yang Guru cuba ajarkan kpd kami. Perbezaan antara agama bukanlah perbezaan yang terlalu besar, perbezaan antara kumpulan bukanlah perbezaan yang terlalu besar. Apa yang saya ambil berat sekarang ialah pendekatan universal, global, menyeluruh bermakna bersama-sama dengan majoriti bangasa manusia ini, bagaimana kita dapat – atau Guru dapat – memimpin kumpulan manusia, kumpulan global ini supaya miliki dunia ceria bersama ini. Tidak kira sama ada kita penganut Kristian atau Buddha, kita tak kisah. Apa yang saya tahu sekarang ialah makrifat adalah untuk miliki dunia yg menyeluruh dan berkekalan ini, mengorbankan sedikit masa saya, diri kecil saya, negara atau komuniti kecil saya. Jadi itu apa yang saya ambil berat. Bagaimana dan bila kita akan ada itu – dunia kita yang ada Kebenaran atau makrifat. Kedua, soalan saya sekarang adalah tentang masa depan, dari segi futurologi. Semua Guru cuba beritahu kita apa yang akan berlaku pada masa depan, termasuk Konfusianisme atau Neo-Konfusianisme, Taoisme, Yin dan Yang, seperti I-Ching – Mereka cuba berkata apa akan berlaku.Saya tak peduli apa akan berlaku kepada saya, kumpulan kecil atau negara. Saya ambil berat tentang apa akan berlaku kepada bangsa manusia, dunia ini – sama ada kita akan alami bencana seperti yg diramalkan oleh Nostradamus, yang diramalkan oleh banyak orang. Seperti di San Jose, sekarang bersusah payah menempuh gempa bumi seperti itu. Mereka kata kita akan alami yang lebih teruk suatu hari nanti.Jadi bolehkah Guru beritahu kami bagaimana kita boleh miliki dunia yang menyeluruh, komprehensif, inklusif, ceria ini, dan bila? Jika tidak, bilakah kita akan mati semua sekali? Boleh Guru beritahu kami? Terima kasih.) Ya, saya boleh beritahu kamu.Soalan pertama kamu adalah bagaimana memimpin seluruh umat manusia ke arah kegembiraan, betul? Bagaimana buat mereka gembira – seluruh umat manusia? (Bagaimana pencapaian global akan dibuat, bukan orang ke orang.) Ya, dah tentu, tapi saya tak dapat beritahu mereka apa yang nak dibuat. Saya tak dapat beritahu semua orang, semua ahli politik, semua presiden semua negara apa yang nak dibuat. Mereka takkan dengar. Jadi itu bukan soal ‘Bagaimana?’ Itu ‘Bagaimana saya beritahu mereka?’ Itu sukar. Tiada Guru yang pernah capai ini. Ya. Betul. Kita hanya boleh bercakap dengan kumpulan, individu yang secara ikhlas mahukan Kebenaran, seperti kamu atau orang di sini. Itu, saya boleh beritahu mereka.Tapi soalan kecil saya sekarang, akankah kita hadapi bencana budaya atau akankah kita diberkati dengan Syurga atau neraka pada masa depan bagi bangsa manusia kita?) Saya akan… (Bila? Bagaimana?) Esok jika kamu mahu… Esok semasa inisiasi, saya akan tunjukkan sekurang-kurangnya di mana Syurga dan bgmn mendapatnya. Orang lain yang tidak datang kepada saya, saya tak dapat bantu. Kita tak boleh memaksa orang masuk ke dalam Syurga, ingatlah. Kita mesti tahu akan itu. Jika tidak, Nabi Isa telah memaksa mereka semua masuk ke dalam Kerajaan Tuhan. Buddha telah memaksa mereka semua masuk ke dalam Alam Buddha. Tidak. Kita hanya boleh berhujah dan memujuk sesetengah orang dgn logik. Jika orang percaya, maka mereka akan datang.Photo Caption: “Jika Seseorang Dapat Lihat Kecantikan Syurga di Dalam, Ia Elegan dengan Gaya Diraja dalam Perincian Kecil!”











