Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, panel terakhir bermula, bermula dengan Dr. Gabriel Cousens (vegan), pengasas Pusat Kebalikmudaan Pokok Hidup, merenungkan peralihan peranan media kepada sudut pandangan ‘budaya hidup’ dan promosikan penyelesaian penuh belas kasihan. MC: Jane Velez-Mitchell: Ini panel ketiga dan terakhir kita. Mungkin kita bincangkan aspek yang paling penting dalam seluruh gerakan ini, iaitu media – media transformasi. Kita telah dengar mesej ini. Bagaimana kita sebarkannya secara berkesan ke seluruh dunia untuk hindarkan malapetaka global yang sedang kita hadapi ini? Jadi kita teruja adanya tiga lelaki budiman yang mengagumkan bersama kita: Dr. Gabriel Cousens, pengasas Pusat Kebalikmudaan Pokok Hidup. Orang pergi ke sana untuk mengubah kehidupan dan memulihkan kesihatan dengan diet vegan mentah. John Raatz, penerbit filem terkenal serta pengasas Visioneering Group dan Perikatan Global untuk Hiburan Transformasi. Terima kasih banyak-banyak kerana berada di sini. Dan Scott Badenoch yang merupakan CEO Creative Citizen – sebuah tapak sesawang rangkaian alam sekitar dan sosial yang utama. Jadi ini tiga individu yang benar-benar mengubah dunia. Saya telah biasa muncul di televisyen di mana pada asasnya orang bercakap selama 20 saat, kemudian mereka dihentikan. Apa yang memang menarik dengan ini adalah saya rasa kadangkala kita perlu bercakap dengan seseorang selama 5 jam baru mereka faham! Kerana kami telah beritahu mereka dalam petikan suara 20 saat selama bertahun-tahun sekarang tetapi mereka tak dengarnya. Jadi saya rasa ada kaedah sebenar dalam sistem di sini yang dijalankan oleh orang. Dengan banyak cara yang berlainan, kami menyampaikan mesej yang sama secara berulangan. Kita tak perlu menjadi genius untuk menyedari bahawa pengeluaran daging memusnahkan dunia ini, memusnahkan kesihatan kita sendiri dan ia sangat kejam. Mengapakah orang yang cerdas tak dapat memahami mesej ini? Itu apa yang ingin kami katakan dengan lelaki budiman ini. Dr. Cousens, mari kita bercakap tentang apa yang kita cuba buat di sini dan bagaimana televisyen yg konstruktif mainkan peranan dalam itu. Dr. Cousens: Pertama sekali, saya ingin, mungkin, jika kita boleh berdiri untuk seketika dan lakukan Om, hanya untuk menenangkan fikiran. (Ya, mari kita lakukannya.) (Om~) Demi penggabungan Syurga dan Bumi, Yang Suci yang penuh berkat dan Wanita Suci, serta penyatuan hidup, roh dan dunia kita yang berpecah belah, kita sebagai umat manusia secara sedar masuki detik ini dalam kesatuan Syurga dan Bumi serta penyempurnaan dunia. Doa itu adalah tentang penggabungan Syurga dan Bumi. Itu kunci untuk memahami apa yang sedang berlaku. Pertama sekali, biar kita pertimbangkan bahawa bukan sahaja Mahaguru Ching Hai diilhami Tuhan tetapi kita semua juga. Saya memang berterima kasih kepada semua orang kerana datang ke sini dan diilhami Tuhan. (Terima kasih.) Ya. Itu bawa kita ke dalam media. Media perlu diilhami Tuhan. Biar kita berkata macam itu. Kita memang boleh berkata bahawa Supreme Master TV diilhami Tuhan. (Ya.) Kita perlu faham bahawa semua media yang buat siaran sekarang, dari sudut pandangan kita, seharusnya, boleh dan adalah diilhami Tuhan. Jadi memikirkannya macam itu, kita akan mendapat gambaran yg lebih besar bhw kita bukan hanya lakukannya saja tetapi kita di sini bukan secara kebetulan. Pada 1975, saya alami visi dalaman daripada meditasi yang dalam. Ia nyatakan, “Kamu harus belajar untuk makan dan hidup dengan cara yang menyokong tenaga spiritual.” Perkataan itu sebenarnya ialah ‘kundalini’ Sejak waktu itu, 10 buah buku telah ditulis. Antara yang terkenal ialah ‘Pemakanan Sedar’, ‘Masakan Makanan Hidup Hijau Pelangi’ dan ‘Pemakanan Spiritual’. Sekarang kami telah gariskan, termasuk segala kesusahan yang dihadapi orang, cara untuk menjadi seorang pemakan makanan hidup vegan yang lengkap, berjaya. Itu saja. Kita tak perlu risau, soalan-soalan ada di sana. Buku-buku ini terdapat di sekolah naturopati di seluruh dunia. Ia ada di luar untuk orang ramai. Tiada sesiapa yang boleh kata, “Saya tak tahu bagaimana.” Itu macam “Ini apa yang perlu anda lakukan. Anda seorang pakar perubatan holistik. Anda perlu buat begitu.” Sebabnya kita buat begitu sebenarnya ialah: Bagaimana kita menjadi superkonduktor Tuhan? Diet yang dihasilkan ialah diet makanan hidup vegan. Ini cara terbaik, tanpa keraguan, untuk menjadi superkonduktor Tuhan. Dari tempat kesedaran itu datangnya belas kasihan dan kasih sayang yang dalam terhadap semua ciptaan, terhadap planet hidup ini. Kita tidak lagi menganggap diri sebagai pengawas planet hidup ini, itu sangat baik juga, tetapi kita bersatu dengan planet hidup ini. Ada seluruh set perbincangan yang berbeza apabila kita ada seluruh set pemahaman yang berbeza. Sekarang daripada pendirian seorang doktor holistik, doktor perubatan terlatih di Columbia, kita akan bercakap sedikit dan cuba memahami ini secara lebih mendalam. Apa yang perlu kita faham ialah pemanasan global, diabetes ialah gejala suatu cara berfikir di dunia ini yang kita panggil ‘cara pemangsa’ di mana manusia, haiwan, tumbuhan dan planet hidup ini dianggap sebagai unit ekonomi yang perlu dieksploitasi. Saya panggilnya ‘budaya kematian’. Sekarang kita perlu ada penyelesaian kepada itu, iaitu beralih kepada kesedaran ‘budaya hidup’. Ini memang tujuan Supreme Master TV dan memang tujuan hidup kita dengan cara yang lebih mendalam. Ada dua cara untuk lihatnya: satu tahap, kita boleh kata, daripada keperluan kita untuk terus hidup dan ketakutan kita terhadap bahaya dan pemanasan global, kita akan berfikir, “Bagaimana kita mengurangkan jejak karbon?” Baiklah, itu sangat bagus tetapi kita belum pergi ke tahap yang lebih dalam, iaitu pendekatan holistik yang nyatakan, “Nanti dulu! Kita perlu lihat seluruh hidup kita dan ubahnya.” ‘Budaya hidup’ ialah falsafah membawa belas kasihan, membawa kasih sayang, rasai keseluruhan itu, mengetahui bahawa alam haiwan ialah, pada asasnya, ‘Mitakuye oyasin’ yang bermaksud ‘semua hubungan’ – kita semua bersaudara. Jika kita lihat secara mendalam dalam kitab, roh haiwan dihembuskan ke dalam diri mereka dulu, seperti yang dinyatakan dalam Taurat, apa yang kita tahu sebagai Wasiat Lama. Roh haiwan datang dulu. Kita lihat agama Buddha, Buddha bersabda dalam Kitab Surangama dengan ringkas sekali, “Pada masa depan akan ada hantu yang akan beritahu kamu bahawa boleh makan daging & mendapat pembebasan.” Baginda bersabda, “Ini mustahil. Seseorang tidak boleh makan daging makhluk hidup dan mendapat pembebasan.” Ingatlah akan itu. Jadi ini apa yang kita katakan. Dalam tradisi Kristian, selain tradisi Yahudi yang datang daripada Taurat, Nabi Isa dan semua anak murid juga didokumenkan dalam buku saya ‘Pemakanan Sedar’, semuanya ialah orang vegetarian. Jadi kita tahu bahawa asas agama Kristian, asas agama Yahudi ialah diet vegetarian itu. Genesis 1:29 buatnya sangat jelas. “Aku telah beri engkau benih setiap tumbuhan yang berbiji di planet ini dan pokok yang berbuah untuk dijadikan makananmu.” Apa maksud itu? Itu diet vegan. Itu diet makanan hidup dan diberikan kepada kita 6,000 tahun dahulu, cuma kita lambat sikit dalam pemahaman tentangnya. Tetapi ia di sana, di depan muka kita juga. Jadi itu rangka tindakan diet untuk menyembuhkan planet ini dan diri kita sendiri. Sekarang kita bercakap tentang diabetes dan saya akan nyatakan bahawa kadar diabetes bagi pemakan daging adalah empat kali lebih tinggi. Di Yayasan Pokok Hidup, kami membalikkan diabetes. Ia dipanggil ‘tidak dapat disembuhkan’. Memang begitu jika kita terus makan daging dan gula, pasti begitu. Tetapi kami membalikkannya dalam masa secara purata 21 hari – Diabetes Jenis 2. Kami ada banyak dokumentasi dan mendapat semakin banyak. Jadi apa yang kami katakan ialah, “Ubah kesedaranmu. Ubah gaya hidupmu.” Itu persoalan yang kita bincangkan selama ini di sini. Perkara penting dah tentu adalah yang minimum – diet vegan. Ringkasnya, diet yang berasaskan daging ialah penyorokan sumber yang bukan sahaja menyebabkan malapetaka ekonomi, ekologi di planet ini tetapi juga benar-benar menyebabkan 40 hingga 60 juta orang mati kebuluran akibat diet ini. 15 juta orang kanak-kanak mati setahun. Pertubuhan Kesihatan Sedunia pun nyatakan bahawa 29,500 orang kanak-kanak mati setiap hari akibat kebuluran. Perkara yang lebih mendalam ialah kita semua ada bayang ‘budaya kematian’ di dalam diri kita. Kita semua ada bayang itu. Kita perlu mengakui itu dan berdamai dengan itu. Kerjanya adalah bagaimana kita beralih kepada kesedaran ‘budaya hidup’? Kerana itu bukan berlawan menentang sesuatu. Kita beralih kepada kesedaran tentang ‘budaya hidup’, belas kasihan, kasih sayang, kesatuan kita dengan planet ini. Itu apa yang boleh dibuat oleh media sekarang. Itu betul-betul apa yang kita lakukan. Kita telah diilhami oleh Supreme Master TV dan kita berharap banyak rangkaian media yang lain adalah begitu juga. Kita telah wujudkan komuniti ‘Budaya Hidup’ maya. Kami bercakap tentang orang hidup, hubungan hidup, keibubapaan hidup, planet hidup, makanan hidup, bahan binaan yang benar-benar hidup dan ekologi. Sebenarnya kami mempelopori pertanian organik vegan. Organik vegan – ini bermakna kami tidak sediakan hidangan darah, hidangan tulang, dan kami ada perantisan dalam itu. Kami dah hampir sedia untuk mulakan program sarjana dalam pembinaan ekologi dan hidup. Apa yang kami lihat yang paling berkesan setelah orang mendapat idea bahawa “Veganisme ialah idea yang baik tetapi saya takut nak lakukannya,” ialah kami adakan puasa jus tujuh hari. Kami telah menyaksikan perubahan yang amat besar. Di Israel yang sebenarnya ada bilangan orang vegetarian yang kedua tertinggi di dunia selepas India, kami lakukan puasa dengan 80 orang. Kami tahu bahawa apabila orang faham bahawa mereka dapat hidup tanpa daging, maka mereka dapat membuat peralihan kepada veganisme dengan lebih selesa. Kami mengajak anda sertai seluruh peralihan kepada cara ‘budaya hidup’ supaya kita dapat hidup dengan kasih sayang, kesedaran dan belas kasihan bersama semua haiwan, semua tumbuhan dan seluruh planet hidup ini, dan faham di peringkat yg paling dalam, kita bukanlah pengawas – kita bersatu dengan planet hidup ini. Semoga semua orang di sini diberkati agar segala perbuatan kita adalah berasaskan peralihan itu dalam kesedaran. Perkara paling penting bagi media adalah bantu orang wujudkan medan morfogenesis baharu yang menyokong peralihan dalam kesedaran kepada kesedaran budaya hidup vegan. Terima kasih banyak-banyak. Photo Caption: “Cintai Matahari, dengan Rendah Diri Cuba Meniru Bentuk Cerianya untuk Menerangi Sudut Kecil di Dunia!”











