Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Mahaguru Ching Hai bincangkan kebaikan alam sekitar, kesihatan dan masyarakat mengamalkan diet berasaskan tumbuhan.Sekarang kita merungut tentang kekurangan air di merata tempat di planet ini. Kita merungut tentang kekurangan makanan. Kita gunakan 90% daripada bijirin untuk diberikan kpd orang-haiwan sebaliknya dan biarkan 862 juta orang kebulur. Itu pada 2008 sahaja. Bagi bijirin yang kita gunakan untuk ternakan, kita boleh beri makan kepada dua bilion orang, banyak kali lebih banyak untuk orang yang kebulur di dunia yang kita ada sekarang. Jadi saya memang tak faham, dengan segala kecerdasan yang saya ada. Bolehkah seseorang jelaskan kepada saya apa jenis dunia yang kita diami, apa jenis dasar yang kita ikut serta apa jenis kebaikan yang kita buat kepada diri sendiri dan orang lain, belum kata lagi tentang orang-haiwan? Kerana kita tak dapat sayangi spesies kita sendiri pun. Jadi ini dah tentu tak dapat difahami, bagi banyak orang faham bagaimana menyayangi orang-haiwan. Sekarang kalian tahu mengapa.Di Ohio sahaja, perubahan iklim akan menyebabkan negeri itu kerugian AS$1 bilion kerana air yang menyempadani negeri mereka, tasik, akan menurun secara mendadak akibat perubahan iklim. Mereka akan perlu membina semula pelabuhan dan kemudahan untuk memenuhi paras air baharu, permintaan baharu. Jadi perubahan iklim akan menyebabkan lebih banyak kerugian. Mengapa? Disebabkan oleh diet daging (orang-haiwan).Apa yang perlu kita buat hanyalah tinggalkan potongan daging (orang-haiwan) di atas pinggan itu dan gantikannya dengan protein daripada alam tumbuhan. Kita ada makanan untuk dimakan. Kita ada pilihan dan ia sangat enak, berkhasiat. Bukanlah kita tiada pilihan. Kita tak perlu membunuh untuk hidup. Kita tak perlu menjatuhkan maruah diri, menjadi ejen pembunuh planet ini. Kita boleh hidup dan biar hidup.Dengan cara sekarang, nampaknya kita akan bekerja selama-lamanya, sibuk selama-lamanya hanya untuk bayar cukai kerana kita membuat duit, kemudian kita perlu bayar cukai supaya penyakit kita boleh dirawat, badan kita diperiksa tetapi itu tidak menjamin kita dapat hidup pun – itu apa yg penting. Begitu banyak penderitaan, begitu banyak ubat, begitu banyak ujian darah, sinar-X, pembedahan dan sebagainya. Semua ini tidak menjamin nyawa kita akan diselamatkan pun disebabkan oleh cara kita tidak perlakukan diri dengan baik, disebabkan oleh cara kita mengambil racun sebagai makanan. Daging (orang-haiwan) ialah racun, secara saintifiknya, secara fizikalnya.Saya akan tinggalkan aspek agama sekarang kerana orang akan ingat saya cuba tukar agama mereka. Saya tak nak tukar agama sesiapa pun kerana lagi banyak saya tukarnya lagi banyak saya perlu bekerja saja. Jadi dah cukup baik bagi saya jika kalian boleh berubah, dah cukup baik bagi saya jika orang hanya menjadi vegan, berbuat baik. Itu saja yang saya minta: Menjadi vegan, berbuat baik. Apa-apa yang baik, kalian segera lakukan. Apa-apa yang buruk, kalian hentikan. Berbuat baik sekarang termasuk menyelamatkan planet ini. Ini bermakna menjadi vegan juga. Jadi semuanya berpokok pada menjadi vegan.Kerana jika kita tidak makan daging (orang-haiwan), akan ada penternakan orang-haiwan yang jauh kurang dan pembunuhan yang jauh kurang di planet ini. Balasan karma bunuhlah yang menyumbang kepada bahaya planet kita sekarang. Secara saintifiknya, pemakan daging (orang-haiwan) menyumbang kepada 80% daripada pemanasan global dan pencemaran. Jadi jika kita hanya buang potongan daging (orang-haiwan) itu daripada fikiran kita, maka planet ini akan diselamatkan dan kita akan ada jangka hayat yang lebih panjang. Berilah perhatian kepada kata-kata saya. Kalian akan jadi orang yg jauh lebih ceria. Kalian akan menjadi kurang resah, tidur lebih lena pada waktu malam. Kalian takkan berpenyakit.Jika semua orang di planet ini jadi vegan, kita takkan berpenyakit, hampir sifar. Kerana orang vegan jatuh sakit juga kadangkala kerana sistem imun mereka masih belum pulih sepenuhnya kerana kebanyakan daripada mereka bukan vegan sejak kecil lagi. Kemudian orang lain yang bukan vegan jatuh sakit sepanjang masa, kemudian menyebarkannya kepada orang vegan yang kesian juga. Tetapi jika semua orang adalah vegan, tiada sesiapa yang akan jatuh sakit.Jadi bercakap tentang hidup adalah suci, ia bermula dengan kita. Biar kita mulakan dengan hidup manusia. Biar kita perlakukan diri dengan segala kemurahan dan rasa hormat kepada badan yang bekerja keras siang dan malam untuk kita nikmati segala kerseronokan yang ditawarkan oleh hidup. Biar kita mulakan hidup suci dgn diri kita. Biar kita mula perlakukan hidup kita dengan lebih baik dengan beralih kepada makanan berkhasiat dan bukan makanan beracun seperti daging (orang-haiwan), rokok, arak, dadah.Peperangan akan berhenti jika kita semua menjadi vegan, macam mana pun. Sebaik-baiknya peperangan berhenti juga sebelum vegan lagi. Tapi jika tidak, peperangan akan berhenti. Kerana setelah kita menjadi vegan, kita tahu mengapa kita adalah vegan. Hati kita akan menjadi lebih berbelas kasihan dan secara automatik kita tidak mahukan peperangan. Adalah mengagumkan kita masih boleh melahirkan anak dan buat apa-apa saja yang lain dlm hidup dengan segala racun yang kita ambil ke dalam hidup kita setiap hari. Tapi akankah sesiapa berhenti seketika untuk sendiri renungkan, apa jenis dunia yang kita diami ini. Adakah ini jenis dunia yang kita mahukan?Yang perlu kita membunuh untuk hidup, yang perlu kita meragut nyawa untuk terus hidup atau malah perlu saling membunuh untuk terus hidup. Ini tak benar-benar jenis kehidupan, jenis dunia yang ingin kita diami. Kita mahukan dunia yang lebih baik. Kita mahukan dunia yang lebih berbelas kasihan, penyayang. Jadi kita perlu berubah dan berusaha untuk membina dunia itu.Adalah baik kita tidak bermewah, ya, tetapi kezahidan yang melampau adalah sangat meletihkan bagi minda juga dan minda akan menentang. Jadi kita perlu memperlakukan diri dengan baik. Tidak melampau kerana Tuhan mencipta semua benda untuk kita nikmati. Kezahidan tidak akan menyelamatkan dunia kita, atau kemewahan tidak juga. Jadi Tuhan telah cipta air yg mencukupi, makanan yang mencukupi untuk kita bertahan selama-lamanya jika kita tahu bagaimana berhenti salahgunakan sumber Bumi dan makanan-Nya. Kita tak harus bunuh makhluk lain untuk memuaskan ketamakan kita. Ini perkara utama masalah planet sekarang – perbelanjaan pahala moral dan sumber dunia kita yang berlebihan.Semua penukaran mentol, teknologi kereta baharu penjimatan air, tidak mandi dengan terlalu lama dan tidak buka air paip ketika menggosok gigi ini – semua ini baik tetapi hanya menggaru gatal di luar sarung kaki saja. Ia takkan melegakan kegatalan kita. Ia hanya membuat hal dilupakan buat sementara waktu serta menutupi masalah sebenar dan penyelesaian sebenar. Nampak tak? Ia hanya alihkan perhatian kita daripada matlamat sebenar, penyelesaian sebenar kita dan planet ini akan jadi lebih teruk jika kita terus menggaru di luar sarung kaki saja. Kita perlu menggaru pada kulit jika kita mahu melegakan kegatalan. Maksud saya, kita perlu menangani masalah utama, iaitu pengeluaran daging (orang-haiwan).Setiap orang yang berpeluang untuk tahu dan berdaya untuk tahu seharusnya tahu sekarang bahawa pengeluaran daging (orang-haiwan) ialah punca utama pemanasan global. Hentikan pemakanan daging (orang-haiwan) ialah penyelesaian utama untuk menyelamatkan planet ini. Saya tak faham mengapa kita tidak pergi ke sana. Jika seseorang yang ada kecerdasan menjelaskan ini kepada saya, saya akan sangat berterima kasih jika saya ada penyelesaian yg baik kpd itu. Sementara itu, kita hanya perlu terus buat apa yang kita buat kerana kita perlu menyelamatkan planet ini untuk diturunkan kepada cucu kita. Jika kita hidup seperti sekarang: makan daging (orang-haiwan), dadah, arak dan rokok, semua itu, dan saling membunuh, membunuh orang-haiwan – saya tak tahu bagaimana kita benar-benar dapat jawab hati nurani kita sendiri, belum kata lagi kewajipan agama, apa-apa pun.Pernah tertanya-tanya apa jenis contoh yang ingin kita tunjukkan kepada anak apabila mereka dah besar? Daripada segala kebaikan, adab sopan yang kita harapkan daripada mereka. Jika kita beritahu mrk supaya berjimat – tidak mandi dengan terlalu lama, tidak biarkan air mengalir ketika menggosok gigi dan sebagainya, dan katakan kita tidak mandi lagi pun, kita semua, atau katakan kita tidak menggosok gigi lagi, katakan kita tidak minum air pun – berapa banyak air yang kita jimatkan? 30%, lebih kurang. Apa kebaikan itu kepada kita? Sedangkan apabila kita hanya berhenti makan daging (orang-haiwan), kita ada lebih 70% air untuk digunakan. Kalian boleh mandi selama yang kalian mahu. Kalian boleh miliki tiga, empat buah kolam renang di rumah, tiada sesiapa yang akan kata apa-apa. Kalian takkan rasa bersalah juga. Kalian tidak buat apa-apa yang memudaratkan planet ini. Hanya tinggalkan potongan daging (orang-haiwan) itu daripada diet kalian. Biarlah Keamanan bermula di meja kalian Terima kasih.(Terima kasih, Mahaguru Ching Hai, atas maklumat yang begitu merangsang fikiran. Kita ingin beralih kepada panel terakhir. Tapi sebelum berbuat demikian, pertama sekali, kita ingin beri hormat ringkas kepada rangkaian yg buat siaran kepada audiens global di seluruh dunia.) Terima kasih.Photo Caption: “Tak Dapat Lihat Aku Jika Engkau Tidak Lihat dengan Perhatian Sebenar: Aku Sambut Langkahmu dgn Rendah Diri di dalam Hutan Purba”











